Selepas mendengar perkataan terakhir Orang Tua Tang, Tang Xuan akhirnya berdiri. "Kamu semua nak saya mati, kan?"
"Nyawa kamu milik kamu sendiri… kalau kamu masih nak ugut Atuk dengan nyawa kamu, teruskan!" Suara Orang Tua Tang cukup dingin.
Tang Xuan memandang Tangning yang tenang menghirup tehnya dan memandang adik beradiknya sambil mencemuh, "Kamu semua pun sebelahkan Tangning?"
"Kami cuma nak keluarga yang aman dan harmoni, bukannya penuh persaingan dan pergaduhan. Lagipun, Kak Ngah dan saya dapat tengok dengan jelas yang Kak Cik tak minat pun dengan perniagaan Keluarga Tang, tapi Kak Long terus-menerus provok dia. Kak Long siap rancang kemalangan besar untuk cederakan dia. Kak Long, Kak Long tak sehebat yang Kak Long sangkakan…"
"Satu-satunya bakat Kak Long ialah bakat cemburu." Tang Jingxuan berkata dengan tenang. "Memandangkan Kak Long dah kahwin, Kak Long patut fokus pada keluarga Kak Long. Berhentilah buat masalah dan susahkan semua orang."