Selepas sidang media, Mo Ting membawa Tangning dan Xia Yuling balik ke Regensi Hyatt.
"Tolong Mak bersihkan diri masa saya siapkan makanan untuk kamu berdua." Mo Ting menepuk kepala Tangning dengan lembut dan memberi amaran. "Hari ini, saya akan biar kamu menangis… tapi, hari ini saja."
Tangning menganggukkan kepala dan menarik Xia Yuling ke bilik pakaiannya. "Mak, Mak boleh pakai baju saya dulu."
Xia Yuling memerhatikan rumah pasangan itu. Ia sebuah vila yang sangat besar, tetapi ia tidak terasa dingin atau kosong. Walaupun hanya ada dua orang insan yang menghuni vila itu, seseorang dapat merasakan yang vila itu diatur dengan penuh prihatin. Ketika dia memandang gambar pasangan itu, Xia Yuling bertenang dan memuji, "Xiao Ning, kamu dan Mo Ting sangat sepadan."
"Oh ya, kenapa dia yang memasak?"