"Saya Xia Yuling, menantu pengerusi Syarikat Tang. Kalau kamu masih tak biasa dengan diri saya, biar saya kenalkan identiti saya yang lain – saya mak kepada Tangning. Hari ini, saya berdiri di depan kamu kerana ada sesuatu yang saya nak cakapkan."
"Nampaknya, khabar angin itu betul. Keluarga Tang memang ada berita besar nak didedahkan…"
"Kalau dia menantu, mesti ini bermakna dialah perempuan simpanan yang dikhabarkan."
"Bukan ke sebelum ini dah didedahkan yang mak Tangning seorang perempuan simpanan?"
Para wartawan di bawah pentas sibuk berbincang kerana rahsia yang akan didedahkan telah menyalakan minat mereka. Lagipun, Tangning turut terlibat.
Tangning sudah bertukar daripada peragawati kepada pelakon dan setiap langkah diambil di depan mata pihak media. Hari ini pun, dia sekali lagi menjadi perhatian walaupun ibunya yang berdiri di depan semua orang.