Selepas menerima panggilan Tangning, Tang Xuan terus melemparkan telefonnya ke atas meja. Melihatkan reaksinya yang naik angin, pembantunya bertanya, "Presiden Tang, apa yang berlaku?"
Tang Xuan bangun daripada tempat duduknya dan memandang perkataan 'Pemangku Presiden' pada pintu kaca pejabatnya. Dengan senyuman sinis, dia membalas, "Tangning cakap dia nak berebut jadi pewaris."
"Ini memang datang terus daripada mulut Tangning? Ia tak dengar macam sesuatu yang dia akan sebut."
"Itu sebab dia dapat tahu saya hina mak dia." Tang Xuan merengus. "Tapi tunggu… dia ada cakap sesuatu akan terjadi pada mak dia. Mungkinkah mak dia yang tak tahu malu akhirnya sedar benda jijik yang dia buat dan nak tamatkan hidup dia? Kalau begitu, saya akan melompat kegembiraan…"