Demi sidang media kali ini, Fang Yu memang memerah otaknya.
Kerana dia tahu Mo Ting mempunyai jangkaan tinggi, dia memilih dewan gah di dalam hotel paling mewah di Beijing – The Surrey. Dia juga mempunyai kawal penuh ke atas seluruh majlis itu serta kriteria ketat untuk wartawan yang dibenarkan masuk.
Ini sesuatu yang tidak pernah dilakukan Hai Rui untuk mana-mana artis lain…
Sebaik sahaja berita sidang media itu tersebar, semua orang mula menyebarkan khabar angin yang ini tanda sokongan Mo Ting terhadap Tangning.
Namun, tiada sesiapa memikirkan memandangkan pengumuman Keluarga Tang muncul begitu tiba-tiba, macam mana Hai Rui mengaturkan begitu banyak perkara dalam masa yang singkat? Tanpa diketahui mereka, sidang media hari ini sebenarnya diaturkan Mo Ting lama dahulu, dirancang untuk pengumuman perkahwinannya dengan Tangning. Tetapi…
… memandangkan Keluarga Tang menyatakan fikiran mereka, dia juga perlu memberi respons untuk berlaku adil!