Mo Ting memandang Tangning dengan serius. Semasa dia merenung mata Tangning, dia perasan pantulannya merenungnya kembali dengan jelas.
Dia tidak dapat mengawal dirinya semasa dia menghulurkan tangan, menarik Tangning ke dalam pelukan dan mengeluh, "Jangan fikirkan saya saja…"
"Saya nak buat macam mana? Ini dah jadi tabiat saya." Tangning ketawa mengekek. Dia memandang ke luar jendela dan perasan ramai kakitangan berjalan keluar masuk ke studio. Jadi, dia menolak Mo Ting dan bertukar merah padam. "Ramai sangat orang. Cepat balik ke pejabat…"
Mo Ting memegang tangan Tangning yang kesejukan dengan tangannya dan melangkah keluar daripada kereta untuk mengambil beberapa barang daripada bonet yang dibawanya untuk menghangatkan Tangning. "Saya akan singgah lagi dan melawat bila-bila masa saja."
Tangning mengangukkan kepalanya.
Sesekali, kakitangan akan berjalan lalu dan memandang pasangan itu. Tidak dapat tidak, mereka berasa cemburu dengan Tangning.