Dua malam sebelum perkahwinan 'Fang-Huo' yang dinantikan, Huo Jingjing menjemput Tangning keluar makan malam. Pada asalnya, dia tidak merancang untuk membawa mana-mana ahli keluarga dan hanya meluangkan masa bersendirian dengan kawan rapat perempuannya. Tetapi, kerana Fang Yu sangat ragu-ragu dengan kemampuan Huo Jingjing mengelak daripada wartawan, dia akhrinya turut ikut bersama.
Di atas bumbung hotel lima bintang itu, ada pemandangan langit malam yang bergemerlapan dan landskap bandar yang menakjubkan.