"Kalau dia datang cari masalah, saya akan beri dia masalah… boleh kita lupakan hal ini sekarang? Puan Mo?" Mo Ting berdehem. Sebenarnya, keputusan yang diambilnya hari itu merupakan sesuatu yang paling karut pernah dilakukannya sepanjang 32 tahun hidupnya di dunia. Nasib baik, Tangning muncul hari itu. Kalau tidak, dia sudah menjadi duda ketika ini.
Sebenarnya, Tangning tidak begitu marah. Lagipun, hubungan mereka tiada kaitan dengan orang lain. Tak ada gunanya membenarkan orang yang tidak penting mewujudkan jurang antara mereka.
Namun, selepas mereka bergerak, Mo Ting tiba-tiba tergelak kecil sendiri. Tangning mengerutkan dahinya dan memandangnya dengan tertanya-tanya. "Apa yang Abang gelakkan?"
"Tiba-tiba saya rasa kamu hebat. Kamu datang dan selamatkan hidup saya!" Mo Ting memuji.
Selepas mendengarkan hal ini, Tangning memegang tangan kanan Mo Ting dan membalas lembut, "Abang selamatkan saya lebih banyak…"