Waktu malam di Perancis. Tangning duduk di bawah lampu sambil membelek majalah. Selepas menyelesaikan kerjanya, Mo Ting tiba-tiba muncul di sisi Tangning. "Pada asalnya, saya nak reka satu set barang kemas untuk kamu. Tapi, pereka Jepun itu perlu segera kembali ke Jepun. Isterinya nak bersalin. Jadi, malam ini kita akan ambil ukuran kamu dahulu."
"Barang kemas?" Tangning meletakkan majalah di tangannya dan memandang Mo Ting dengan penuh soalan. "Kenapa saya tak pernah dengar Abang cakap tentang hal ini sebelum ini?"