Selepas berbual dengan terbuka dan jujur pagi itu, hubungan Huo Jingjing dan Fang Yu berubah.
Mereka sudah berjaya menjadi pasangan kekasih!
Jadi, Huo Jingjing mempunyai alasan untuk kekal berada di rumah Fang Yu, meskipun selepas kejadian IY telah selesai.
Selepas sarapan, Huo Jingjing dan Fang Yue bermain dengan blok binaan di ruang tamu. Fang Yu melangkah keluar selepas selesai mandi dan menyilangkan tangannya ketika dia bertanya, "Kamu tak nak salin baju?"
Huo Jingjing tidak memandang Fang Yu. Semasa dia bermain dengan blok binaan, dia membalas, "Saya akan pergi malam ini. Kalau saya keluar sekarang, saya mungkin akan dikepung wartawan lagi."
Fang Yu mengerti yang dia sebenarnya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan Fang Yue. Jadi, dia tidak menolak. "Saya cuti juga hari ini…"