Studio Hua Rong. Pejabat Editor Lin.
Telefon bimbit yang dibawa Charlene sudah dihantar untuk dibuka dan akhirnya dikembalikan kepada Editor Lin pada petang itu.
Editor Lin sedang berpusing-pusing di atas kerusi pejabatnya dengan rasa gementar. Akhirnya, dia membuka galeri gambar telefon itu dan membelek gambar yang berada di dalam.
Kebanyakan gambar ialah daripada pertarungan antara Tangning dan Zhen Manni semasa sambutan makan malam itu.
Editor Lin merenung gambar-gambar itu dan perasan akan perbandingan antara Tangning dan Zhen Manni. Dalam hatinya, dia lebih yakin dengan Tangning. Lagipun, jarang sekali seorang peragawati yang sesuai dengan semua pakaian yang dikenakannya dapat ditemui.
Tapi, dia masih tidak suka akan kenyataan yang Tangning berpeleseran dengan lelaki semasa berlagak baik…