Tangning mengangkat gelasnya sebagai balasan.
Lelaki ini penerima anugerah pelakon lelaki terbaik yang paling muda…
… dan dia memanggil Tangning 'Adik Junior'!
Kalau peminatnya tahu, mereka akan gila kerana cemburu!
Pelakon muda itu bergaya kacak dengan sut koktel putih. Dia memandang pasangan yang tidak boleh dipisahkan itu dan tunduk merenung cincin kahwin di jari mereka. Walaupun dia tahu hubungan sebenar mereka, dia hanya mengeluh, "Presiden Mo, Presiden memang bertuah."
Tangning mengerti maksud tersembunyi pelakon itu ketika matanya berubah gelap sedikit. Tetapi… lelaki itu hanya tersenyum dan mengangkat gelasnya kepada Tangning sekali lagi. "Adik Junior, kalau kamu perlukan pertolongan selepas ini, jangan teragak-agak nak cari saya. Terutamanya kalau berkenaan dengan memasuki industri perfileman dan televisyen."
"Terima kasih, Abang Senior."
Semua orang terkejut dengan situasi yang berlaku di hadapan mereka…