Chapter 251 - Dua Jenis Manusia

Kejadian undian itu tidak menimbulkan begitu banyak buah mulut kerana para peminat masih lagi sibuk dengan hubungan Mo Ting dan Tangning. Nampaknya, selagi tiada jawapan diberikan, obsesi ini akan diteruskan untuk beberapa ketika.

Namun, Charlene tidak kisah. Selagi Zhen Manni melihat keputusan undian itu, usahanya tidak akan terbazir.

Kerana Zhen Manni telah bersetuju dengan cadangannya, sebaik sahaja mereka kembali ke Hai Rui, Charlene meminta satu pertemuan dengan Mo Ting.

Fang Yu memberikan satu panggilan dalaman untuk Mo Ting bagi pihak Charlene dan menerima pengesahannya.

"Manni, saya pasti akan cuba yang terbaik. Jangan risau." Sebelum naik ke tingkat atas, Charlene merenung mata Zhen Manni. Mata Charlene mengandungi keikhlasan membara yang luar biasa.

Zhen Manni membalas dengan gaya biasanya. Dia hanya menganggukkan kepala dengan selamba. Selepas Charlene menghilang daripada pandangannya, barulah dia menyimpan telefon dan mendekati Fang Yu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS