Long Jie memandang kosong pada telefonnya buat beberapa saat. Selepas melangkah keluar daripada keretanya, dia kembali ke pangsapuri Lu Che. Kali ini, sebelum dia melakukan apa-apa, dia sedar bahawa Lu Che sudah membuka kunci pintu. Semasa Long Jie membuka pintu dan melangkah masuk, dia mendapati Lu Che sudah pun menunggang terbalikkan bilik bacaannya.
"Sedara! Ini ke yang kamu panggil cari dokumen? Ini namanya menyepahkan rumah kamu…" Long Jie sedikit terkejut semasa dia melutut di atas lantai dan mula membantu Lu Che mencari fail biru.
"Saya tak ada pilihan. Dokumen itu terlalu penting." Lu Che memiringkan kepalanya dengan kekok sambil bersandar pada meja pejabatnya.
"Tak apa. Serahkan pada saya. Kamu keluar dulu. Saya carikan…" Long Jie melambai tangannya, menyuruh Lu Che keluar. "Siapa yang biasanya kemas untuk kamu bila kamu cari dokumen begini?"
Lu Che tidak membalas semasa dia segera menyelinap keluar dari bilik itu…