Chapter 239 - Takut Gila!

Pihak media mula mengerumuni Mo Ting ketika mereka berdiri antara Mo Ting dan Tangning.

Walaupun mereka semua mengacukan mikrofon ke arah Mo Ting, semua soalan yang mahu mereka soal hanya bertukar menjadi satu permintaan ringkas. "Presiden Mo, boleh Presiden cakapkan sepatah dua kata?"

Bercakap sepatah dua kata? Kata-kata apa yang mereka maksudkan?

Mo Ting dikelilingi oleh wartawan, hanya beberapa langkah daripada Tangning. Apabila dia terpandang Tangning memegang pinggulnya secara tidak sedar, air mukanya bertukar dingin. Sepatah perkataan yang sangat tegas dan dingin meluncur keluar daripada mulutnya. "Tepi!"

Wartawan yang paling hampir dengan Mo Ting terlalu takut sehinggakan dia segera berundur beberapa langkah.

Dia terlalu takut untuk bergerak lebih rapat. Malah, dia terlalu takut untuk bernafas lebih deras…

Selain daripada ini, wartawan lain perlahan-lahan mengosongkan laluan untuk Mo Ting bergerak ke arah Tangning.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS