Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 233 - Pengurus di Siang Hari, Suami di Malam Hari

Chapter 233 - Pengurus di Siang Hari, Suami di Malam Hari

Mo Ting menundukkan kepala dan menyandarkan hidungnya pada hidung Tangning. "Di siang hari, saya pengurus kamu. Saya perlu memperhambakan kamu untuk bekerja. Di malam hari, saya suami kamu. Tugas saya mengekalkan kamu di katil…"

"Kalau begitu… lepaskan hamba Abang."

Mo Ting melonggarkan pegangannya, menutup dapur gas dan mencempung Tangning ke bilik tidur sebelum meletakkannya ke atas katil. "Puan Mo, kamu dah jadi semakin nakal…" Selepas bercakap, tangan Mo Ting mula merayap. Tidak lama kemudian, sentuhannya menyapa kaki Tangning. Tanpa sedar, Tangning menyentak membuatkan Mo Ting duduk tegak dengan penuh tanda tanya. Apabila dia memandang lutut Tangning, dia perasan ada lebam pada kulit putih melepaknya.

"Macam mana ini boleh berlaku?"

"Saya tergelincir di bilik mandi…"

Mo Ting duduk, mengambil kotak ubat dan membantu Tangning menyapu sedikit ubat. Kemudian, dia tidak menyentuh Tangning lagi. Dia hanya mendodoi Tangning tidur selepas makan malam.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS