Chapter 218 - Suami Seseorang

Sebaik sahaja semua orang mendengar berita itu, air muka mereka dihiasi keriangan. Beberapa orang artis turut mula bertepuk tangan dan bersiul.

Walaupun mereka bekerja di pejabat yang sama, Mo Ting mempunyai lifnya sendiri. Jadi, semua artis itu hampir tidak berpeluang bertemu dengannya, apatah lagi menghadiri pertemuan tertutup begini bersama-samanya. Mo Ting bagaikan satu legenda di dalam hati mereka. Dia lebih bersinar daripada mana-mana penyanyi atau bintang filem.

Tanpa sedar, Huo Jingjing mengamati air muka Tangning. Dia perasan yang semua orang, termasuk Abang Feng yang berkarisma penuh dengan keterujaan mendengarkan nama Mo Ting disebut. Namun, walaupun Tangning cukup dikenali kerana tenang dan pendiam, air mukanya yang langsung tidak terkesan membuatkan Huo Jingjing menundukkan kepalanya dan tersenyum.

"Nampaknya, kamu kenal baik dengan Presiden Mo?"

"Rasanya begitulah." Tangning mengangguk, mengaku.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS