Long Jie mencerlung tajam pada Lu Che dan hanya berkata, "Saya gurau sahaja." Kemudian, dia membantu Lu Che turun daripada katil dan menyelimutkan lelaki itu dengan jaket tebal.
Selepas kedua-dua mereka turun ke tingkat bawah, Lu Che tiba-tiba separa melutut di hujung tangga. "Naik…"
Walaupun waktu ketika itu sudah menjengah pagi, jalan masih lengang. Long Jie memandang sekeliling dan membalas, "Lupakan sahaja." Mulutnya menolak tetapi tubuhnya tidak. Sekejap sahaja, dia sudah berada di atas belakang Lu Che.
Lu Che tidak dapat menampung berat itu dan hampir terjatuh ke atas lantai. Long Jie segera meletakkan kakinya di atas lantai dan bertanya, "Kamu okey?"
Lu Che tidak dapat menahan ketawa ketika dia membongkok sekali lagi. "Cepat, naik."
Long Jie juga tidak dapat menahan ketawa ketika dia kembali memanjat belakang badan Lu Che. Kali ini, langkah Lu Che lebih stabil walaupun ia tidak mudah.