Kali ini, Mo Ting tidak memberikan pilihan lain kepada Tangning dan langsung tidak menyebut Raja Bintang. Dengan gaya mengawal, dia memberitahu yang Tangning hanya ada satu pilihan, iaitu datang ke Hai Rui!
Dalam dunia ini, tiada perkara seperti keadilan terulung, tetapi, ada kuasa terulung.
Hai Rui milik Mo Ting.
Apabila ada seseorang melakukan sesuatu yang mecurigakan atau tidak baik di Hai Rui, Mo Ting tidak akan memberi mereka sebarang peluang langsung. Walaupun mereka bintang handalan yang sangat terkenal, dia akan menarik mereka turun daripada takhta mereka.
Walaupun Tangning tidak menganggukkan kepalanya dan bersetuju, dia juga tidak menolak arahan Mo Ting. Malah, semasa mereka mengakhiri panggilan mereka, wajah Tangning diserikan dengan seulas senyuman.
Dia tidak lagi berasa rendah diri untuk ke Hai Rui…
...