Luo Hao berlagak seolah-olah tidak berdaya dan resah di hadapan Yuan Yuan, memberi gambaran yang dia sebenarnya mahu menolong, tetapi tidak mempunyai sebarang pilihan. Apabila dia meninggalkan rumah Yuan Yuan, barulah dia menundukkan kepalanya dan menyerlahkan satu senyuman dingin. Di atas bumi ini, nanti akan ada orang lain yang benci pada Tangning.
Akhirnya, Yuan Yuan melawat Han Xiner di hospital dengan hati yang membuak-buak marah. Pada ketika ini, Han Xiner yang menderita kesakitan sedang menonton pertunjukan peragaan Tangning di kaca TV.
Yuan Yuan memandang sekilas dan merampas video itu daripada tangan Han Xiner. "Kamu masih memandang tinggi pada dia? Perempuan ini langsung tak berniat menyelamatkan kamu."
Han Xiner sedar ada sesuatu yang tak kena dengan baran Yuan Yuan. Jadi, dia duduk tegak dan bertanya, "Apa kena dengan kamu kebelakangan ini? Kenapa kamu terus menerus memburukkan Tangning?"