Bagi mengetahui keadaan sebenar Han Xiner, Luo Hao mengarahkan seseorang untuk mengambil kembali nota yang digumpalnya daripada dalam tong sampah tadi. Kemudian, dia mencari alamat gadis itu secara rahsia.
Gadis itu tidak menyangkakan Luo Hao muncul di rumahnya. Dia mengandaikan Luo Hao mempunyai pesanan daripada Tangning lalu segera menjemput Luo Hao masuk ke dalam rumah dengan ceria.
"Adakah kamu datang hari ini untuk beritahu saya yang Xiner akan diselamatkan?"
Luo Hao merenung air muka naïf gadis itu dan mengukir senyuman lembut. "Boleh kamu beritahu saya keadaan semasa Xiner?"
Gadis itu berfikir sejenak sebelum duduk di sofa di sebelah Luo Hao. Kemudian, dengan sedikit teragak-agak, dia mula menjelaskan, "Saya jumpa Xiner di sekolah tinggi dan kemudian, kami menyambung pengajian ke luar negara bersama-sama. Malangnya, buah pinggang Xiner tidak begitu baik dan kami tidak cukup bernasib baik untuk menemui penderma yang sesuai."