"Tangning, walaupun saya sudah tidak boleh menjadi pengurus kamu, saya akan sentiasa kenang semua masa yang saya luangkan bersama-sama kamu. Saya rasa sangat gembira dan bertuah untuk berjumpa kamu." Apabila masa untuk An Zihao pergi akhirnya tiba, dia menghulurkan tangannya dan mengisyaratkan Tangning untuk bersalam.
Tangning ketawa lembut semasa dia menyambut tangan An Zihao dan memiringkan kepalanya. "Sejujurnya, kamu seorang pengurus hebat. Kalau bukan kerana tipu helah Lan Xi, saya tak berniat untuk membiarkan kamu pergi."
An Zihao melepaskan tangan Tangning. Buat seketika, dia enggan percaya apa yang telah terjadi. "Pada satu masa, saya terfikir, saya akan mampu menemani kamu hingga ke akhirnya. Kalau tidak pun, saya berharap saya sekurang-kurangnya berjaya menolong kamu menjadi peragawati handalan. Namun, tak kira, walaupun saya tidak lagi memegang jawatan ini, ada orang lain yang sanggup. Saya pasti kamu sedar yang kamu ada hamba isteri di rumah…"