Chapter 20 - Pilihan Han Yufan

Dengan satu tujahan segera, Mo Ting merangkul pinggang Tangning dan menariknya rapat ke dada sambil berbisik ke telinganya dengan nada yang berbahaya, "Jadi, adakah kamu akan mengahwininya?"

"Saya mengaku saya pernah buta dahulu. Tetapi, saya yakin yang saya menuju ke destinasi yang tepat kini." Tangning menggumam. "Abanglah destinasi saya."

Mo Ting membalikkannya, menindih Tangning. Dia memandang serius pada Tangning dengan matanya yang seperti dakwat. "Saya sudah hampir tidak dapat mengawal diri saya. Tetapi, ianya tidak cukup. Walaupun kita sudah mendaftarkan perkahwinan, saya masih berharap kamu akan mengenali saya lebih baik dan menjadi yakin bahawa kamu mahu meluangkan masa kamu dengan saya hingga ke akhir hayat. Apabila masanya sudah tiba dan kita berdua yakin yang kita mahu bersama, itu maknanya kita sudah saling memiliki."

"Dalam industri ini, saya mempunyai banyak pilihan. Saya boleh miliki apa sahaja yang saya mahukan. Satu-satunya perkara yang tidak dapat saya cari ialah, hati yang suci."

"Jadi, mari berusaha dan mencuba untuk mencapai matlamat yang sama. Mari kita melangkah di jalan dan kehidupan yang sama." Tangning membalas serius. "Saya tidak pernah terfikir bahawa Presiden Mo yang berada lebih tinggi daripada orang lain dalam industri hiburan ini tidak gemarkan gaya hidup yang seronok dan bebas. Saya sangkakan abang seorang buaya darat dengan ramai wanita. Tidak pernahkah abang inginkan perkara sebegitu?"

"Apabila seorang wanita bertanya soalan seperti ini, tiada jawapan yang diperlukan. Seorang lelaki hanya perlu membalas dengan ciuman hangat." Selepas berkata-kata, Mo Ting memberi satu kucupan dan seperti yang dijangkakannya, ciuman hangat memang menghilangkan segala kebimbangan pasangan kekasih. Malam itu, bertemankan pelukan Mo Ting, Tangning tidur dengan lebih aman.

...

Berbanding dengan kegembiraan Tangning, hari Han Yufan tidak berjalan dengan begitu baik. Dia dalam keadaan sukar kerana permintaan Tangning mengenai Mo Yurou meninggalkan Syarikat Hiburan Tianyi. Mo Yurou bukan sahaja mengandungkan anaknya, malah dia juga menyimpan segala bukti perbuatan jahat Han Yufan. Han Yufan tidak boleh menyinggung mana-mana wanita.

Dengan ketidakpastian, Han Yufan memandu balik ke rumahnya. Melihatkan Mo Yurou yang duduk dengan sedih di atas sofa, hatinya begitu berat.

"Yufan…" Mo Yurou menangis sambil menuju ke pelukan Han Yufan, merangkul tangannya dengan erat pada pinggangnya. "Apa yang patut saya buat? Adakah ini bermakna saya tidak boleh menjadi peragawati lagi?"

"Yurou…apa kata kalau kamu ke luar negara buat sementara untuk menguruskan kehamilan kamu? Selepas bayi kita lahir, kamu boleh kembali. Apabila masanya tiba, saya janji, saya akan buat apa yang saya buat sebelum ini. Saya akan jadikan kamu terkenal kembali."

Selepas mendengar kata-katanya, Mo Yurou terkaku dengan realiti. "Kamu minta saya ke luar negara? Han Yufan, adakah kamu bercadang untuk mengorbankan saya? Biar saya beritahu kamu. Saya tidak sebodoh Tangning untuk mempercayai kata-kata kamu. Saya tidak akan pergi. Lagipun, Han Yufan, saya masih mengandungkan anak kamu. Saya sudah menjadi kekasih kamu bertahun lamanya. Kamu fikir kamu boleh ketepikan saya begini sahaja?"

"Bukan…bukan itu yang saya maksudkan."

"Han Yufan, fikir baik-baik. Kamu mahu meluangkan sisa hidup kamu dengan siapa? Adakah kamu cintakan Tangning?"

"Sudah tentulah saya cintakan kamu! Hanya kamu!" Han Yufan membalas dengan sedih. "Tetapi Tangning menetapkan syarat. Jika kamu tidak tinggalkan Tianyi, dia tidak akan mengahwini saya!"

"Jika kamu mengahwini dia pun, kamu tidak terjamin untuk memperolehi apa yang dimiliki oleh keluarga Tang!" Mo Yurou menyatakan sebabnya. "Keluarga Tang tidak kisah pun mengenai Tangning. Jika dia pulang ke rumah mereka pun, banyak manakah yang boleh diwarisinya? Yufan, kamu benar-benar mahu menggunakan semua peluang yang ada dan tidak mendapat apa-apa akhirnya nanti? Tinggallah dengan saya, sekurang-kurangnya kamu ada saya dan anak kita…kita bertiga boleh membina masa depan bersama, bukankah itu yang kamu mahu?"

"Yufan, fikir sebaik mungkin. Kamu mahukan saya atau kamu mahukan Tangning? Saya hanya perlukan satu perkataan daripada kamu dan saya boleh terus ke hospital untuk mengaturkan proses pengguguran bayi ini. Saya akan tinggalkan Tianyi dan tidak akan muncul di hadapan kamu lagi."

Han Yufan tidak membalas dan dia hanya berdiri terdiam.

Melihatkan pada tiada sebarang balasan, Mo Yurou segera mengambil telefonnya untuk menghubungi pembantunya. "Tolong aturkan satu pertemuan di hospital untuk saya. Saya mahu membuat pengguguran…"

"Apa yang kamu lakukan?" Han Yufan mengambil telefon tersebut daripadanya. "Jangan lah begitu terburu-buru. Adakah saya cakap yang saya tidak akan pilih kamu?"

Mendengarkan kata-katanya, wajah Mo Yurou menjadi ceria. "Maksudnya, kamu pilih saya?"

"Saya paling sayangkan kamu. Tetapi kamu mahu menggugurkan bayi itu. Macam mana saya boleh benarkan kamu berbuat begitu? Sepanjang bertahun-tahun ini, saya sudah melindungi kamu. Kamu tidak sedarkah?" Han Yufan akhirnya membuat keputusan. Dia memilih untuk mengakhiri hubungan dengan Tangning. Dia berasa rugi untuk melepaskan Keluarga Tang. Tetapi, seperti yang dikatakan Mo Yurou, tiada jaminan untuk masa depan dia di situ. Dia tidak boleh menyerahkan Mo Yurou dan anaknya untuk satu bayangan.

"Saya sudah agak. Kamu selalu melayan saya dengan sangat baik." Mo Yurou menangis kegembiraan lalu memeluk Han Yufan dengan erat. "Saya pasti akan melahirkan anak kamu dan membuatkan emak dan kakak-kakak kamu gembira."

"Selagi kamu tidak mencetuskan masalah, saya sudah bersyukur. Jangan melayan internet terlalu banyak dan jangan layan caci maki dalam talian. Berita seperti ini akan berlalu. Walaupun skandal ini akan menjejaskan imej kamu di mata hakim untuk Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas, anugerah ini lebih menjurus kepada profesionalisme seorang peragawati. Jadi kita tidak patut berputus asa dengan matlamat kita."

"Saya akan dengar cakap kamu. Namun, ada sesuatu yang kamu perlu ikut saya!" Mo Yurou menarik Han Yufan duduk di sofa di sebelahnya. "Terus bekukan kerja untuk Tangning. Tengok betapa sombongnya dia sekarang. Kerana dia mendapat satu tawaran, dia ingat dia begitu hebat. Malah, dia cuba melawan syarikat."

"Tapi…"

"Tianyi boleh hidup tanpa Tangning. Bukannya susah jika kita mahu mencari peragawati." kata Mo Yurou. "Tapi, kita tidak boleh lepaskan dia juga. Jika dia mendapat peluang, dia pasti akan membalas dendam pada kita. Kita perlu tahan dia dan bekukan kerjayanya. Selepas tiga tahun, dia akan jadi cukup tua dan tidak boleh membuat kemunculan kembali."

"Tapi…sekarang ini, Tangning ada ramai penyokong dan maklum balasnya sangat bagus."

"Bukankah ini memudahkan kerja kita? Tunggu dia pulang dari Liusen…carikan dia pelanggan korporat, jenama hina yang menjijikkan supaya imejnya terjejas."

Han Yufan memandang Mo Yurou. Dia tahu apa yang dicadangkan wanita itu sedikit melampau tetapi Han Yufan tidak dapat menolak. Dia hanya mengangguk. "Saya akan buat seperti apa yang kamu suruh."

"Oh dan lagi, semua syarikat yang mahu bekerja dengan Tangning, kita akan beritahu mereka bahawa Tangning tidak mahu bekerja dengan mereka."

Han Yufan memeluk Mo Yurou dan mencium dahinya. Kali ini, keputusannya datang daripada hatinya. Dia akan mengakhiri hubungannya dengan Tangning. Selepas mereka memutuskan hubungan mereka, Tangning hanya akan menjadi peragawati kontrak Tianyi dengan baki tiga tahun. Seperti yang dikatakan Mo Yurou, dia perlu menghalang Tangning daripada menjadi terkenal dan mendapat peluang untuk membalas dendam. Jadi, mulai hari ini, dia akan terus memijak Tangning.