Ini kali pertama salah seorang artis syarikat itu berani memutuskan talian dengan Lan Xi!
Seorang peragawati Gred-A bernama Tangning.
Lan Xi menahan amarah dan barannya semasa dia menelefon An Zihao. Selepas melihat jadual Tangning, An Zihao membalas, "Memandangkan kamu sudah berikan semua kerja Tangning sebelum ini kepada Li Danni dan Hua Yuan, Tangning menerima kerja yang lain. Jadualnya sudah penuh. Saya minta maaf, tapi ini bukan masalah kami."
Sudah tentu, ini bukan masalah Tangning dan An Zihao.
Lan Xi hanya ada dirinya sendiri untuk disalahkan.
Kehilangan sedikit ganti rugi bukannya satu hal yang besar. Tapi…
… sebagai CEO Cheng Tian dengan kuasa dan hak terulung, macam mana dia boleh benarkan seorang peragawati mengancamnya?
Lan Xi meletakkan telefon. Jika Tangning ada di hadapannya sekarang, dia akan menerkam dan mencarik-carikkan Tangning menjadi cebisan.