"Jangan naik angin cepat sangat. Berdasarkan apa yang saya dengar daripada orang-orang dalam industri, kerana kejadian ini, Cheng Tian telah mengambil peluang untuk mengenakan sekatan dalaman terhadap Tangning. Saya juga dengar kerja yang Tangning sudah tandatangan sebelum ini diberikan kepada orang lain. Dia sudah tidak mampu mencabar kamu." Pengurus Ling Feng duduk di sisinya dan berkongsi semua maklumat yang diketahuinya.
"Betulkah?" Ling Feng mendongakkan kepalanya dan menghirup seteguk wain seraya bersandar pada sofa. "Kamu dah pastikan maklumat ini?"
"Boleh dikatakan ini sudah sahih."
Ling Feng meletakkan wainnya dan ketawa terbahak-bahak. "Mari tengok bagaimana perempuan jalang itu cabar saya sekarang… Tapi, saya ada satu soalan. Cheng Tian baru sahaja menandatangani Tangning. Macam mana mereka boleh tidak sehaluan sehingga ke tahap ini?"