"Tapi, kita sudah tandatangan kontrak…" Pengurus Ling Feng memberi amaran sambil mengerutkan keningnya ketika dia mengekor di belakang.
"Beritahu sahaja mereka yang saya tak sihat dan beritahu doktor untuk sediakan surat bagi pihak saya. Jangan cakap yang benda begini pun kamu tak tahu buat?" Ling Feng memberikan senyuman terhibur yang jahat.
"Saya faham." Pengurus itu membalut tubuhnya lebih kemas dengan kotnya dan mengekor rapat di belakang.
Sebab kenapa Ling Feng begitu semberono ialah kerana bapanya merupakan pelabur besar dalam syarikat perfileman. Jika dia melanggar kontraknya sekalipun dan tidak hadir untuk penggambaran, dia hanya perlu membayar sedikit pampasan. Baginya, ini tidak bermakna apa-apa.
Tangning pula berbeza. Dia bersyukur untuk setiap peluang kerana perkara ini tidak datang dengan mudah.
Malam itu, lampu malam Beijing bergemerlapan. An Zihao tiba di Regensi Hyatt. Ini kali pertama dia memasuki kediaman Tangning.