Selepas penggambaran Visi Wanita berakhir, Mo Ting mengaturkan mereka untuk pulang secara rahsia. Selepas pulang ke rumah, Tangning dan An Zihao melaporkan diri ke Cheng Tian manakala Mo Ting terus ke Syarikat Hiburan Hai Rui untuk menguruskan semua kerja yang terkumpul selama beberapa hari lepas. Semasa duduk di pejabatnya, matanya berkilau – satu idea muncul dalam fikirannya. Dia segera memanggil Lu Che ke biliknya.
"Ya, Presiden?"
"Tolong saya hubungi CEO Eksekutif LS. Saya mahu jumpa dia." Mo Ting memberi arahan sambil menandatangani beberapa dokumen.
"Adakah Presiden mahu menempah cincin kahwin?" Lu Che mengagak. LS bermaksud Lebih Sayang. Ia satu jenama barang kemas klasik dari Itali. Jenama itu mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun lamanya dan rekaannya sentiasa terkenal kerana unik dan berharga.
"Lebih kurang…" Selepas mengucapkan kata-kata ini, Mo Ting mengangkat kepalanya dan memberi amaran kepada Lu Che, "Hati hati dengan apa yang kamu kata."