9.30 pagi. Seluruh pasukan fotografi telah tiba di lokasi penggambaran. Lokasi itu bertempat di tengah-tengah hutan. Pokok-pokok besar dengan dedaun coklat gelap tinggi melangit di atas mereka membuatkan tempat itu berasa sepi. Di kejauhan, bangunan yang direka dengan seni bina Moscow yang ikonik dapat dilihat. Bangunan berwarna-warni terang itu mampu membuatkan mood si pemerhati menjadi lebih riang. Apabila memandang pemandangan ini, cuaca tidak rasa begitu sejuk.
Pasukan itu menyediakan bilik persalinan sementara untuk Tangning. Tapi, selepas menerima pakaian tajaan yang disediakan oleh penata gaya, Long Jie segera keluar mencari An Zihao dan jurugambar. "Bukankah kita dalam penggambaran iklan untuk pakaian ini? Di bandar pesisir pantai dengan angin beku dan suhu darjah -3, kamu menjangkakan Tangning memakai gaun tidak berlengan?"