Selepas sidang media Cheng Tian berakhir, An Zihao mengaturkan satu pertemuan di Visi Wanita untuk Tangning. Pada sebelah petang, An Zihao menghantar Tangning pulang ke rumah.
"Walaupun kamu ada tiga hari untuk berehat, kamu patut laporkan pada saya sebelum kamu ke mana-mana atau buat apa-apa supaya saya boleh sentiasa bersedia." An Zihao berkata sambil berpusing untuk memandang Tangning.
"Mengenai gosip pula, kamu sangat pandai melindungi diri kamu daripada gosip. Jadi, saya tak akan cakap banyak."
"Saya tahu apa yang perlu dibuat." Tangning mengangguk dengan matanya yang terpejam. "Selain itu, hantarkan nombor penerbangan kepada Long Jie. Saya akan naik penerbangan itu sendiri."
"Kenapa?" An Zihao memandang Tangning dengan penuh tanda tanya sebelum dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. "Adakah kamu mahu membawa orang lain? Tak mungkin. Kamu sedang bekerja. Kemungkinan gambar kamu diambil sangat tinggi."