Tangning rupanya sudah pun menyertai Cheng Tian. Ini sesuatu yang tidak dijangka oleh sesiapa.
Selepas meninggalkan Tianyi, pelbagai syarikat telah menghantar tawaran mereka. Antara mereka ialah syarikat seperti Usia Bintang dan Kurun Kreatif. Tapi, siapa sangka yang Tangning akan melepaskan semua syarikat gred kedua dan menjadi peragawati naungan salah sebuah agensi terbesar.
Yang paling mengejutkan ialah kenyataan yang An Zihao menjadi pengurus peribadinya!
Adakah kerana mereka mempunyai pengalaman yang sama? Atau adakah kerana kedua-dua mereka pernah mengharungi lembah kejatuhan dalam hidup mereka?
Salah seorang daripada mereka merupakan berkas peragawati handalan, seorang lagi pula bekas pengurus handalan. Apabila dipasangkan, mereka akan menjadi satu pasukan yang sangat kuat. Pihak media sudah pun mula membuat jangkaan yang Syarikat Hiburan Cheng Tian akan menghangatkan seluruh industri.