Dengan kembalinya Mo Ting, Tangning berasa seolah-olah ada beban besar yang diangkat daripada bahunya. Pasangan itu kekal berpelukan sehinggalah An Zihao akhirnya menelefon untuk menggesa Tangning.
"Pergilah. Selepas saya membersihkan diri, saya perlu ke pejabat." Mo Ting berkata dengan lembut.
Tangning menganggukkan kepalanya. Kebimbangan yang bermain di fikirannya sebelum ini sudah hilang sepenuhnya sekarang. Sebelum bersama dengan Mo Ting, dia berpasangan dengan Han Yufan beberapa tahun lamanya. Tetapi, dia tidak berasa begini – bagaikan hatinya diikat pada hati Mo Ting dengan seutas tali dan apabila sesuatu berlaku kepada Mo Ting, hatinya akan tergetus sakit.
Mengingatkan An Zihao sedang menunggunya, Tangning segera meleraikan pelukan Mo Ting dan beredar pergi.