Selepas Long Man dan Lin Qian beredar, Tangning berjalan ke dalam bilik Mo Zichen dan melihat anaknya merenung ke luar jendela, berkhayal. Dengan suara lembut, dia bertanya, "Ada sesuatu yang ganggu kamu?"
Mo Zichen berpusing dan menggelengkan kepalanya sambil memandang ibunya. "Tak, saya tak apa-apa."
"Mommy lahirkan kamu. Kamu ingat Mommy tak tahu apa kamu fikirkan?" Tangning berkata sambil mendekat. "Dalam dunia ini, mak ayah kamu saja yang boleh betul-betul faham dan tolong kamu."
Dari usia mentah, Mo Zichen hanya suka berkongsi berita baik, bukan buruk. Masa dia dibuli pun, dia tidak pernah bercerita. Tidak kira apa yang berlaku, dia akan menggalasnya sendiri.
Tetapi, apabila dia melihat anaknya menjadi semakin pendiam, hati Tangning berasa sakit, tidak boleh digambarkan.
"Mommy tak akan persoalkan kerja kamu sebab Mommy tak ada hak. Tapi, Mommy selalu ada untuk kongsi sebarang beban masalah peribadi kamu."