Chapter 1195 - Kamu Teka Betul

"Qian Lan, kamu tak perlu datang ke sini untuk jelaskan diri kamu pada saya. Saya tak marah." Mo Zichen membalas. "Lagipun, saya memang fikir keluarga lebih penting daripada semuanya. Kamu tak patut bergaduh dengan mak ayah kamu sebab orang yang kamu kenal betul-betul."

Respons Mo Zichen membuatkan Qian Lan berasa lebih teruk.

Lagipun, setiap patah katanya kedengaran seperti dia melihat situasi itu daripada sudut pandangan orang luar. Dia tidak mempertimbangkan Qian Lan datang ke sini sendirian, hanya kerana gadis itu risau jika dia marah.

"Saya faham…" Qian Lan menggumam. "Saya senang hati kamu tak marah. Saya akan pergi. Terima kasih untuk jaket kamu."

"Saya akan hantar kamu…"

"Tak perlu." Qian Lan segera berkata sebelum dia berpusing untuk beredar. Namun, selepas beberapa langkah, dia berhenti dan berkata kepada Mo Zichen. "Saya ingat saya ada makna lain dalam hidup kamu. Tapi, nampaknya, saya sama saja macam orang lain."

"Maafkan saya!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag