Chapter 119 - Tidak Sengaja

An Zihao merupakan bekas pengurus artis di Cheng Tian, seorang yang sudah menyokong ramai bintang handalan terkenal dan pernah menjadi rakan kongsi Lan Xi. Dua tahun yang lalu, selepas hubungannya dengan salah seorang artisnya terbongkar, dia bergaduh besar dengan kekasihnya malam itu. Akhirnya, mereka terlibat dalam kemalangan. Seorang daripada mereka meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah. Kemudian, An Zihao meninggalkan semuanya dan kembali ke kampung halamannya.

Sudah tentu, jauh di sudut hati An Zihao, dia tahu siapa yang mendedahkan hubungannya. Cuma…dua orang itu merupakan kawan dan keluarga yang paling dipercayainya.

"Saya sangat gembira yang Zihao boleh kembali ke Cheng Tian." Lan Xi menyeru.

An Zihao memakai sepasang sut hitam dan dia kelihatan begitu kacak dan segar. Mungkin kerana sebelum ini dia pernah dikhianati oleh kawan-kawannya, dia enggan melihat sesiapa pun dengan serius. Malah, rupanya kelihatan seperti tidak ambil cakna dan malas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS