Sekolah itu segera merahsiakan kejadian tersebut dan mula mencari kanak-kanak itu. Tetapi, pelaku itu kelihatan seperti sudah menjangkakan hal ini. Jadi, mereka membawa pergi kanak-kanak itu tanpa meninggalkan sebarang petunjuk.
Sementara itu, guru yang menguruskan dua orang kanak-kanak itu berpura-pura menangis. Dia tahu dia tidak boleh menanggung akibatnya. Jadi, selain daripada memaklumkan pihak sekolah dan menghubungi ibu bapa, dia turut menelefon polis.
Oleh itu, ketika Tangning dan Mo Ting tiba di sekolah, polis juga sudah tiba. Mereka mula menyiasat semua yang mencurigakan. Namun, mereka tidak mendapat sebarang bukti berguna.
Tetapi, mana mungkin dua orang kanak-kanak itu menghilang begitu sahaja?
"Maafkan saya, Encik dan Puan Mo. Sekolah gagal awasi anak-anak kamu. Dalam keadaan sekarang, saya cuma boleh berusaha sebaik mungkin untuk bantu polis supaya mereka boleh jumpa anak lelaki kamu. Saya harap kamu boleh percayakan kami."