Chapter 1176 - Kamu Memang Kejam

"Saya rasa saya dah tidur lama…" Nangong Quan berkata dengan lemah.

"Kamu tahu tak kamu dah tidur lapan hari? Saya hampir ingat kamu nak abaikan Cai Er dan saya…" Su Youran menangis mendudu sambil berbaring di atas dada Nangong Quan. "Kamu tahu tak betapa sukarnya saya nak lalui lapan hari ini?!"

Nangong Quan baru terjaga. Jadi, fikirannya masih kabur. Tetapi, dia tahu betapa takut dan risaunya Su Youran sepanjang ketika ini.

"M-maaf sebab buat kamu lalui pengalaman yang begitu perit."

Air mata mengalir di pipi Su Youran ketika dia duduk dan melalukan tangannya pada pipi Nangong Quan. "Apa yang Cai Er dan saya akan buat tanpa kamu? Janji jangan buat kami takut macam tu lagi, okey?"

Nangong Quan mahu menghulurkan tangannya dan mengelap air mata di muka Su Youran, tetapi, dia tiada tenaga untuk bergerak.

Pasangan itu akhirnya memeluk satu sama lain sehingga doktor akhirnya tiba dan mengetuk pintu beberapa ketika kemudian.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS