Kemudian, Su Youran melutut di hadapan dewan kecemasan dan menangis sedih. Untuk membuatkan lakonannya meyakinkan, dia langsung tidak memeriksa jika Nangong Quan sudah berjaya dipindahkan keluar atau tidak. Apa-apa pun, dia tidak mahu mencetuskan sebarang keraguan.
Mungkin, kerana Nangong Quan dimasukkan ke pembedahan penting, Orang Tua Nangong akhirnya muncul di hospital. Tetapi, sebaik sahaja Su Youran melihatnya, dia menggenggam kolarnya dan menggoncangkannya dengan marah. "Kamu gembira sekarang? Suami saya nyawa-nyawa ikan. Ini ke yang kamu nak?"
"Ini ke dendam kamu? Kalau kamu bukan datuk Quan, saya dah pukul kamu sampai mati sekarang!"
Kemudian, seorang jururawat bergegas datang dan mengheret Su Youran pergi.
Orang Tua Nangong berasa sedikit tidak tenang. Dia tidak menjangkakan keadaan menjadi begini. Namun, pembunuh itu ada memberi amaran yang ada risiko dan hasil paling teruk boleh menyebabkan kematian.