"Mo Ting ingat dia boleh berjaya dalam semua benda ke? Mari tengok macam mana prestasi dia kali ni…"
Tidak kira siapa menang dan kalah dalam pertarungan ini, ia peluang baik untuk dia mengembangkan perniagaannya.
Bukankah lebih baik untuk duduk sahaja dan membiarkan mereka bergaduh sesama sendiri?
Lagipun, dia masih ada dua hadiah disediakan untuk Keluarga Mo, menanti Mo Ting dan Tangning menerimanya. Dia bukannya tidak berhati perut sangat. Dia tidak menendang orang semasa mereka jatuh. Jadi, dia akan menunggu sehingga masalah Song Linlin selesai sebelum dia menghantar hadiahnya kepada mereka.
...
Nangong Quan tahu sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Orang Tua Nangong. Jadi, dia sengaja mengelak lelaki tua itu. Hingga ke hari ini, ini cara terbaik untuk mengekalkan keamanan dengannya.
Selagi ia tidak menentang moralnya, dia gembira untuk beralah dan kekal neutral. Sudah tentu, hal berkaitan Cai Er dan Su Youran dikecualikan.