Untuk membebaskan kru filem daripada syak wasangka, Mo Ting membawa Nangong Quan bersamanya ke set 'Permaisuri Semut 2'.
Sudah tentu, untuk menghalang sesiapa mendapat tahu hal ini, tiada sesiapa tahu Nangong Quan juga duduk di dalam Rolls Royce hitam Mo Ting.
Tetapi, selepas memerhatikan semua muka kru, Nangong Quan tidak dapat melihat jejak datuknya, ataupun menemui lelaki tua dengan tanda hitam di belakang tangannya. Malah, tiada seorang pun lelaki dalam kru itu yang sesuai dengan usia datuknya.
"Dia tak ada di sini."
"Kamu dah tengok dengan teliti?" Mo Ting mengingatkan. "Kalau kamu pun tak cam datuk kamu, tak ada siapa boleh cam."
"Dah bertahun lamanya saya tak jumpa dia…" Nangong Quan berkata dengan nada sedikit dingin. "Dalam 20 tahun ini, saya cuma jumpa dia tiga kali."
"Kalau begitu halnya, biar saya hantar kamu balik." Mo Ting membalas.