Chapter 115 - Keadilan, Kononnya

Yang Jing langsung tidak merasakan yang dia dalam bahaya kerana dia langsung tidak tahu yang di belakang Tangning ada Mo Ting yang melindungi isterinya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya, Yang Jing percaya yang dia dan Tangning ialah manusia yang sama. Dia merasakan bahawa demi maju ke hadapan, jumlah taktik yang digunakan oleh Tangning tidak kurang dengan apa yang dilakukannya.

Jadi, dia berterusan membenci Tangning…

…sama seperti cara dia membenci dirinya. Dia merasakan Tangning terlalu berahsia dan taktiknya terlalu bagus.

Yang Jing tidak rasa ia sesuatu yang memalukan untuk kalah dengan Tangning!

Pertunjukan Diraja sudah hampir bermula tetapi ramai peragawati yang masih sibuk melakukan perubahan saat-saat akhir kerana pakaian atau solekan mereka kurang sesuai. Memandangkan Tangning hanya muncul untuk sesi pembukaan, dia hanya ada satu set pakaian, tidak seperti peragawati lain yang perlu menukar pakaian beberapa kali.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag