Selepas mendengar kata-kata Mo Ting, Tangning tersenyum mesra. Suaminya betul…
…menyukai seseorang memang semudah itu. Selagi seseorang itu mahu melakukan sesuatu, seorang lagi akan menemannya. Pasangan itu saling memahami apa yang paling penting bagi mereka dan sanggup memberikan usaha terbaik mereka.
"Abang sudah makan?"
"Saya akan minta pembantu rumah menyediakan makan malam. Kamu masih ada kerja esok, jadi kamu perlu masuk tidur awal malam ini." Mo Ting menarik Tangning bangun daripada sofa.
"Pertunjukan itu pada malam esok. Abang tak perlu bimbang." Tangning membalas sambil menolak Mo Ting ke arah bilik mandi. "Pergi mandi. Saya akan masak untuk Abang. Tak lama pun."
Mo Ting memang tidak berdaya di samping Tangning. Dia tidak mahu memudarkan semangat Tangning tetapi dia tetap memberi peringatan, "Hati-hati jangan sampai melecur!"