Liang Yongyu mungkin ditipu, tetapi Qi Lei pun apa kurangnya.
Dia sudah mengambil duit Liang Yongyu, tetapi dia akhirnya memindahkan sebahagian wang itu terus kepada akaun teman wanitanya, doktor itu. Walaupun ia bukan jumlah keseluruhan, ia sebahagian besar daripada wang itu. Namun, dia tidak tahu sebaik sahaja dia memindahkan duit kotor itu kepada teman wanitanya, wanita itu terus menderma semua wang itu kepada hospital.
Sebab kenapa teman wanita doktor itu membuat keputusan untuk berlakon ialah kerana dia boleh berpura-pura mengandung tanpa mencetuskan syak wasangka.
Tetapi, ini kali pertama dan terakhir. Dia cuma berbuat begitu untuk mengajar lelaki tak guna itu.
Luarannya, pasangan itu sudah memilih tarikh perkahwinan dan merancang untuk mendaftarkan perkahwinan mereka keesokan harinya. Tetapi, teman wanita doktor itu sudah membuat keputusan yang dia akan meninggalkan Qi Lei.