Liang Yongyu menunggu tetapi tidak bertemu Tangning. Akhirnya, dia kembali ke dewan di mana dia ternampak Tangning bersama sekumpulan isteri sosialit, berkongsi helah dan petua mereka tentang menjaga anak-anak. Selepas melihat hal itu, hatinya mendidih marah.
Tangning menyebabkan dia kehilangan anak perempuannya. Tetapi, dia berani bercakap tentang pengalamannnya menjaga seorang anak?
"Yongyu, kamu ke mana?" Tuan Kedua Zhai bersusah payah mencari Liang Yongyu. Jadi, dia berasa jengkel. "Saya akan bawa kamu jumpa beberapa orang penting…"
Liang Yongyu memandang Tangning berdiri dalam khalayak ramai. Walaupun dia mahu terus mengoyak topeng palsu Tangning, dia tahu dia perlu bertahan hingga selesai majlis. Jadi, buat masa sekarang, dia akan membiarkan Tangning menikmati hal ini. Kerana, selepas majlis ini, dia akan membalas dendam!
Tangning dapat merasakan renungan tajam Liang Yongyu dari jauh, tetapi dia tidak memberi respons.