"Bukan ke Superstar Media dah dikembalikan kepada Hai Rui?" Lin Qian ketawa. "Lagipun, kamu dah beri pampasan untuk saham saya…"
"Sejak 'Permaisuri Semut' jadi hit, lembaga pengarah dah pejamkan mata pasal masalah saya. Saya pasti mereka tak akan bangkang kalau saya sebut Superstar Media kepada mereka lagi." Tangning membalas. "Sebab itu saya rancang nak biar kamu berdua uruskan syarikat itu. Lagipun, ada terlalu banyak bakat yang tersorok dan terbazir dalam industri. Saya harap kita masih boleh cipta beberapa orang Luo Sheng dan Xing Lan."
"Kamu tak perlukan pembantu lagi?"
"Bukan ke saya ada pengurus?" Tangning bertanya dengan sebelah kening yang diangkat. "Lagipun, sekarang ni saya kerja di balik tabir. Saya tak perlukan pembantu untuk jaga saya. Ting dan Lu Che dah cukup."