Semua dendam pasti berakhir. Tetapi, Tangning tidak pernah menjangkakan keadaan akan berakhir dengan nyawa Han Xiuche menjadi ganti kebenaran sebelum Han Jie benar-benar sedar.
Walaupun Han Xiuche banyak menyusahkannya, terutamanya dengan fitnah berterusan mengenainya, lelaki itu sekurang-kurangnya tahu emaknya diperangkap dan dia berubah tepat pada masanya.
Lebih penting, dia melutut dengan tubuh berlumuran darah, tidak membiarkan dirinya memungkiri janji.
Memikirkan hal ini, Tangning menarik nafas dalam seolah-olah semuanya sudah berlalu.
"Tangning, kamu sudi maafkan Xiuche?"
Selepas mendengar soalan Su Yu, Tangning tersenyum tenang. "Mestilah. Kami tak berhutang dengan satu sama lain. Jadi, tak susah nak maafkan."