Kemudian, tayangan saringan 'Permaisuri Semut' hampir tiba dan promosi pusingan kedua mengikut rapat. Seperti yang dijanjikan, Mo Ting memberitahu dia akan memilih pengiklan yang sesuai untuk membantu filem itu disebarkan kepada lebih ramai penonton.
Tetapi, kerana penglibatan Tangning dan kenyataan dia sendiri popular, Hai Rui dapat menjimatkan banyak tenaga dalam usaha promosi mereka.
Apabila ia melibatkan artis lain, mereka mungkin perlu meluangkan 10 kali ganda tenaga. Tetapi, dengan Tangning, mereka cuma perlu menolak sedikit dan mereka sudah separuh jalan mencapai matlamat mereka!
Semuanya kelihatan berjalan lancar. Namun, Han Jie yang dimalukan di Festival Filem tidak boleh menerima apa yang berlaku. Walaupun dia bencikan cara hina adiknya, dia masih seorang dewasa dengan status dalam industri hiburan, Mana mungkin dia boleh menerima dimalukan di hadapan semua orang?
Jadi, dia membuat keputusan untuk menuntut keadilan untuk dirinya sendiri!