Dia masih mahukan lain kali!
Selepas kembali ke rumah, Tangning terus berlari ke arah Mo Ting dan memeluknya tanpa menanggalkan kasut. "Abang tahu tak betapa menawannya Abang hari ini?"
"Kamu nak cakap yang saya biasanya tak menawan?" Mo Ting mencempung Tangning dan memeriksa dahulu sama ada ketiga-tiga anaknya sudah tidur.
Pakar diet dan kedua-dua emak pasangan tersebut biasanya membantu menjaga anak-anak itu. Jadi, apabila Tangning tiada dan Mo Ting juga sibuk, mereka akan memastikan anak-anak mereka tidur sebelum mereka beredar.
Nasib baik, tiga beradik itu tidur lena. Jadi, Presiden Mo membawa Tangning terus ke dalam bilik tidur dan bilik air mereka, di mana dia meletakkan Tangning di atas meja solek.
"Biar saya tengok kaki kamu."
"Ia tak apa-apa." Tangning tersenyum. "Kaki saya tak cedera. Tumit kasut saya cuma patah. Saya mesti dah rosakannya masa saya lawat kubur Qiao Sen pagi tadi. Salah saya sebab cuai sangat dan tak perasan."