"Jadi, macam mana?" Tangning bertanya dengan resah.
"Ia di luar jangkaan saya…" Mo Ting berkata sebelum dia berpusing. Kemudian, dia tidak berkata apa-apa lagi. Namun, lima perkataan ringkas ini sudah memadai.
Kerana, ia satu bentuk pengiktirafan terbaik untuk Tangning.
Selepas Tangning mendengar hal ini, dia ketawa. Menurut personaliti Mo Ting, dia mempunyai jangkaan tinggi untuk semuanya. Jadi, dia tidak akan pernah memuji seseorang secara terus terang. Maka, 'luar jangkaan dia', sudah menjadi satu pujian terbaik. Itu bermakna Mo Ting mengiktiraf dia!
Apa maknanya untuk diiktiraf Mo Ting?
Dia ahli perniagaan terhandal. Jadi, dia mempunyai pengadilan yang baik, biasa dengan filem dan mempunyai tahap penilaian yang menakjubkan.
Jadi, mana mungkin Tangning tidak gembira?
Memikirkan hal ini, Tangning melompat turun daripada katil, melompat ke atas belakang Mo Ting dengan kaki ayam dan memeluknya erat. "Abang serius?"