Sementara itu, perkara paling penting bagi Long Jie, ialah melatih S.A.J.
Selepas satu siri sesi latihan dan selepas Long Jie yakin setiap ahli kumpulan bersedia untuk berdepan dengan dunia, masa untuk memulakan aktiviti promosi mereka di tahap seterusnya.
Kumpulan baru itu tidak mempunyai populariti atau kemahsyuran. Mereka tiada apa-apa. Jika mereka tidak boleh mencetuskan perbualan ramai, mereka akan menjadi satu pembaziran sumber.
Tidak lupa juga, Long Jie sudah melaburkan seluruh jiwa dan raganya untuk mereka.
Tanpa Tangning, Superstar Media berdepan dengan keraguan lebih dari dahulu. Ini membuatkan tahap tekanan Long Jie meningkat, tetapi dia tidak berundur. Sebaliknya, dia menggunakan sumber yang dimilikinya untuk merakam video tarian mereka berempat dan memuat naik ke dalam talian dengan kapsyen. "Kuartet tarian baru: sedia untuk cabaran!"