"Kamu akan sentiasa berdiri di puncak sebab kamu wanita saya!" Mo Ting mengambil Zichen daripada dukungan Tangning. "Puan Mo, kamu patut bersinar dari tempat yang lebih diperhatikan. Itu yang layak untuk kamu."
Tangning ketawa dan memandang lelaki menawan di sebelahnya. "Saya pasti akan berdiri di tahap sama dengan Abang!" Dia mengangguk.
Tangning belajar di luar negara, tetapi itu tidak bermakna pasangan ini akan terpisah sepanjang waktu ini. Kerana, ketika ini, Mo Ting boleh dikatakan akan meluangkan separuh waktunya di England.
Dua orang anak mereka pula, akan ditinggalkan dalam jagaan Keluarga Tang. Tangning yakin Xia Yuling dan mereka yang lain dalam keluarga itu akan mengajar mereka dengan baik.
Tiga bulan berlalu selepas Yan Er dilahirkan dan dia kini lebih sihat daripada sebelum ini. Malah, pipi gemuknya membuatkan sukar untuk meneka yang dia lahir pra matang.